Tuesday, October 21, 2008

"EDUKATOR" Johan Koir Kebangsaan!

Alhamdulillah! Kumpulan "Edukator" yang ahlinya pensyarah2, cikgu2 dan staf JPNJ menang koir patriotik peringkat kebangsaan dengan penuh bergaya... Memandangkan blogspot Cikgu Bob http://gitartong.blogspot.com/ dah ada banyak gambar, saya cuma masukkan beberapa keping je.

Ni la beberapa gambar yang sempat dirakam pakai N95... Ok-ok je la...


Sebelum bertanding(saringan)... doa dulu.

Peh! Khusyuk betul mamat yang kiri sekali ni, Nasrul "rock kapak", dengar lagu semua cap tengkorak.. Hari ni la aku rasa bangga kawan dengan dia.. Kembali juga ke pangkal jalan... Hua Hua Hua Hua... Tok Imamnya, Cikgu Zul.. Baca doa dalam bahasa Arab dan Melayu, memang panjang sampai menusuk jiwa tersentuh hati...


Ahli Edukator betul2 menghayati doa, jangan menilai orang dari stail rambutnya....


Bangun pagi hari Sabtu, sms masuk daripada kengkawan, sedara-mara, ahli koir, cikgu-cikgi stf... APA HAL? Gambar koir masuk METRO... Tapi ramai juga yang kecik hati sebab cuma beberapa orang yang masuk (gambar tengah sahaja) termasuklah saya... DUNIA NI MEMANG TAK ADIL!..... Serba salah saya dibuatnya, bukan saya yang mintak... Hehehe...



Keratan dari Metro 18/10/2008

Lepas tu, masa lunch ada lagi sms masuk, APA HAL PULAK? Kat Berita Harian pun masuk.. petang tu saya pun pegi kedai mamak tengok baki surat khabar, ada 3 je tinggal, pelik jugak mamak tu tengok, saya belek paper, mamak tu tanya "Abang cari apa?", saya kata ada member masuk paper... dia pun belek juga... Tiba-tiba dia tengok muka saya "Ooo.. cari sindri punya gambar ka?", saya senyum je, bengang juga pasal nak cari gambar sendiri. Dia tengok saya lagi, "Tapi sini gambar tada sama macam abang punya muka la.." Saya jawab.. "Wei, aku penat melalak, terkeluar anak tekak kau kata tak sama pulak eh.." mentang-mentang saya biasa pegi beli rokok pakai bermuda dengan T-Shirt, bila pakai kot dia dah tak kenal... kureng betul! Sebelum naik kereta saya cakap kat mamak tu, "Aku bukan Mawi, dalam sebulan 30 hari gambar masuk paper, aku dalam 30 tahun satu hari je masuk paper... Sebab tu kena beli..."


Yang ni keratan dalam BERITA HARIAN, ok sikit, 99% nampak muka, sorry Bob, aku simpati nampak separuh je muka kau... Sorry jugak kat Nasrul, mamat ni pun satu, ni lah jadinya kalau kancil duduk belakang lori, tapi takpe dalam METRO gambar Nasrul besau!


Saya simpati dengan Bob 'the cameraman' sebab terlalu sibuk merakamkan gambar orang, gambar dia dah tentu kurang, mamat yang belakang Bob tu satu hal jugak, "asal dia lalu je orang ambik gambar, asal orang ambik gambar je dia lalu".. Mana satu yang betul ni?


Cak! Mr Amin... veteran, dah nak naik stage pun sempat bergurau lagi... Kalau bebudak, masa ni tengah menggigil, sejuk tangan, muka pucat, kalau toreh pun tak keluar darah, macam Sudin nak pegi screen test!

Lepas giliran saringan, sempat bergambar sambil dengan 'confident'nya berbincang esok nak pakai baju apa... Maklumlah, daripada raptai, saringan, dah dengar semua kumpulan, semua telinga muzik, ramai cikgu muzik, penyarah muzik, pemuzik, cuma sorang je ahli fizik... Cikgu Aerma(SIGS). Teringat pulak cerita sorang cikgu muzik yang kena ajar fizik mula2 posting dulu... Kelam kabut beb!

Lega selepas berjaya masuk final...

8 Comments:

Blogger Unknown said...

aku memang low profile. tak suka enter frame (konon).

aku cuba sedaya upaya untuk ke hadapan, tapi malang gagal. sakit2 badan aku. ganas diorang ni.

haha!

October 21, 2008 at 4:25 PM  
Blogger Chegu Nor said...

azam woiii...sekian lama aku online yg tak dapat2,baru lani aku berjaya...aku jealous ni,gamba hang besak betul dlm mtro..emosi ni..emosi..anyway.tepuk,tepuk,sayang!MMUAHH!MMUAHH!

October 22, 2008 at 5:15 AM  
Blogger rasman bin sohaimi said...

gambar yang last skali mcm eldivo la beb

October 25, 2008 at 9:55 AM  
Blogger rasman bin sohaimi said...

simpankn aku dvd 1. bkn yg kaler biru tau

October 25, 2008 at 9:58 AM  
Anonymous Anonymous said...

tahniah EDUKATOR! Korang mmg best n gempak. sbb tu lah JUARA! yg gambar baju mcm puteri UMNO tu, rasanya lebih cun kalau pompuan tudungnya masuk dlm baju. Sapa setuju angkat tangan.

October 26, 2008 at 12:00 AM  
Blogger Chegu Nor said...

stuju!stuju!nmpk lg klas n kemas!:)

November 13, 2008 at 9:04 PM  
Blogger Chegu Nor said...

hahah...borak je lebih!aku pun x pki tudung!

November 13, 2008 at 9:05 PM  
Anonymous nn said...

wah. Puan Aerma. cikgu fizik saya dulu-dulu :)

June 29, 2009 at 12:06 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home