Tuesday, November 11, 2008

One Week In Bangkok

Saya akan ke Bangkok lagi.. seperti 5 tahun lepas, kami bertanding dalam ASIAN SYMPHONIC BAND COMPETITION (ASBC), kali ke 3 untuk band, kali ke 2 untuk saya dan kali ke 10 ASBC diadakan... kami akan bertolak dari Senai pada 26 Nov 2008 dan balik pada 1 Disember 2008.

Ahli band yang dapat pegi 40 hingga 45 orang bergantung pada harga tiket dan ground services seperti hotel, makan dan transportation di sana... saya terpaksa tinggal muka2 sedih budak band yang lain sebab duit tak cukup untuk bawa semua ahli (73 orang tak termasuk tingkatan 5 yang tengah SPM). Kesian memang kesian, kalau saya jutawan, saya sponsor semua!

Saturday, November 8, 2008

Persembahan di New York


Pandangan dari atas 'paltform' tenors...

EDUKATOR telah membuat persembahan di New York Hotel, walaupun menghadapi pelbagai kekangan, ahli2nya tetap komited untuk setiap persembahan. Antaranya, Bob, Leha dan beberapa rakan yang lain perlu bergegas ke KL untuk berkursus (tak sempat makan terus bertolak lepas show), Beberapa rakan seperti Loh, mengajar petang (tetap datang walaupun terlewat), Zaidi, walaupun terpaksa jaga 'anak jiran', tetap datang juga. Raihan siap bawak make up artist lagi! Saya, Nasrul dan Azizi juga terpaksa menjalankan beberapa tugasan untuk Malam Graduasi Tingkatan 5 sebelum ke NYH. THAT MEANS, WE ARE SERIOUS ON THIS BUSINESS!

Saya tak dapat sebut semua nama rakan dan kekangan mereka disini tetapi secara peribadi saya merasakan, jika kita semua dapat mengekalkan komitmen ini, kita akan dapat pergi lebih jauh lagi pada masa hadapan..

Show malam tu, takde masalah, walaupun 'wording' lagu MAKSAK masih tak hafal, thanks a lot to Yew kerana menyediakan 'smart lyrics' untuk kita. Siap lapik dengan kertas hitam lagi.. (Untuk mengaburi mata pihak berkuasa) Malam ni jangan lupa, tampal wording kat mic stand PERSADA pulak!

Thursday, November 6, 2008

Padat... padat...

Hari ini raptai Majlis Anugerah Ko-Kurikulum diadakan di sekolah saya. Kelam-kabut juga, macam-macam saya nak buat, mulanya nak buat di padang, tak jadi pulak sebab padang dah jadi "sawah", band girls kitorang hari2 "bercucuk tanam" kat situ, so acara diubah ke Dataran Morni (bangunan pentadbiran)...

One of my flutist, Aleeya...

Jadual padat saya pada 7hb Nov 2008 - Pagi: Majlis Anugerah Ko-Kurikulum (Band Perform), Petang: Angkat Timpani, Drum Set dan 'setting' seating untuk orkestra, Malam: Majlis Graduasi Tingkatan 5 - Tasik Merdeka - Gamelan & Band saya perform, (tapi malam yang sama saya men'tenor' di New York Hotel) 8hb Nov 2008 - Pagi: Jiran 'next door' kahwin, karaoke nak set kat porch saya... Sesuai la tu! I like! Petang: Aktiviti 'Family Day', Malam: Dinner 'Family Day', 9hb Nov 2008 - Malam: Menyanyi untuk Penutup MAKSAK di PERSADA Johor Bahru.

Wednesday, November 5, 2008

Edukator Lagi..


Hari ini, Edukator masuk paper lagi, masuk METRO lagi. Samada kemenangan Edukator memang kemenangan besar atau editor dah takde berita penting lain... Saya pun dah penat nak pegi kedai mamak beli paper... Hehehe... ayat cover line.

Foto EDUKATOR dalam METRO hari ni 5/11/2008. Sorry bro Nasrul, aku takde niat nak memper'kecil'kan kau...

Yang bawah ni pulak, keratan daripada THE STAR, ada 2 gambar EDUKATOR, muka depan sisipan tengah dan muka tengah. Bagi yang tak berkesempatan, tengok la.. Muka depan sisipan dalam THE STAR 31/10/2008....


Muka tengah sisipan THE STAR 31/10/2008. Kalau agak nak download, right-click, save as... Bob tak payah diajar lagi.. memang cekap bab ni.. Heheheh.. Jangan marah Bob nanti cepat besar!

Tuesday, November 4, 2008

BABY ON BOARD untuk EDUKATOR

Tanah Pusaka dan Baby On Board adalah lagu yang pernah dinyanyikan oleh student saya di PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE, projek mengejut untuk Bahas Piala Perdana Menteri bulan Jun yang lalu.

Saya dihubungi oleh En. Isa yang mencadangkan lagu Baby On Board dinyanyikan oleh Edukator sebagai repertoire akan datang, dipendekkan cerita, hari ni, without any notice, saya bawak la 2 orang 1st soprano, 2 orang 2nd soprano pelajar form 3 (sekolah pompuan takde tenor dan bass, untuk penuhkan 4 suara, kitorang pakai (1st soprano, 2nd soprano/mezzosoprano, 1st alto dan 2nd alto/contra alto) untuk bantu buat rakaman audio yang akan dserahkan pada ahli edukator.

Lepas mencuba 2-3 kali, mulakan rakaman... Kesian juga kat budak-budak tu, dah lah tak nyanyi berbulan-bulan (mengadap buku untuk PMR), tiba2 kena buat 'recording'. Kalau didengar betul-betul memang banyak tempat perlu di'polish' lagi tapi kalau untuk tujuan 'rhytmic guidance', lepas la... Thanks to Farzana, Amanda, Shikin and Syazwani.

Farzana dan Shikin.... 1st soprano macam nak nangis je

2nd Soprano pulak...

Syazwani dan Amanda...

Saturday, November 1, 2008

Edukator Versi Azizi



Ni lah gambar2 poster EDUKATOR yang telah di'edit' oleh Azizi... He's talented..

Thursday, October 30, 2008

Keluar Paper Lagi?


Setelah hampir 3 minggu pertandingan berlalu, nama Edukator disebut2 lagi... Kali ni dalam paper THE STAR pulak! THE STAR Online pun ada http://thestar.com.my/metro/, sorry kalau link ni dah tak valid lagi sebab cuma boleh akses hari ni aje...

Bagi saya, Nasrul dan Azizi, 'kegembiraan' segelintir member2 kat sekolah yang tak pernah dapat masuk paper baru nak reda... Hehehe.. Tup, tup keluar lagi, kali ni lagi besar dan 'centre page' pulak tu. Bertambah2 lagi lah 'kegembiraan' mereka..

Hari ni, saya menggalakkan pelajar membaca akhbar THE STAR. Siap hantar ke kelas2 sebab setiap kelas memang dapat senaskhah tiap2 hari. "Nak buat apa melanggan kalau tak baca... Ye tak?"

Saya memang suka bergurau.. pada masa yang sama secara tak langsung, saya membuktikan pada kumpulan koir yang pernah saya ajar seperti JPJ, JPNJ, POS Johor, Pej. Daerah Kota Tinggi, Pej. Tanah & Galian JB dan lain2 lagi, bila ada usaha, kita boleh berjaya! Ada yang tanya, biasa saya pemimpin koir, kenapa kali ni menyanyi pulak? Turun pangkat?

Pertama, En. Isa pernah mengajar saya, kedua, sebagai konduktor/guru koir, kita mesti 'mampu' berada dimana2 posisi.. baru lah kita mendapat pengalaman sebenar, macamana perasaan, pendengaran, imbangan suara dan 'view' sebagai ahli koir.

Bagi yang tak sempat beli paper, yang takde line internet tu... tengok la gambar yang saya 'crop' dari website The Star Online kat atas tu...