Thursday, October 30, 2008

Keluar Paper Lagi?


Setelah hampir 3 minggu pertandingan berlalu, nama Edukator disebut2 lagi... Kali ni dalam paper THE STAR pulak! THE STAR Online pun ada http://thestar.com.my/metro/, sorry kalau link ni dah tak valid lagi sebab cuma boleh akses hari ni aje...

Bagi saya, Nasrul dan Azizi, 'kegembiraan' segelintir member2 kat sekolah yang tak pernah dapat masuk paper baru nak reda... Hehehe.. Tup, tup keluar lagi, kali ni lagi besar dan 'centre page' pulak tu. Bertambah2 lagi lah 'kegembiraan' mereka..

Hari ni, saya menggalakkan pelajar membaca akhbar THE STAR. Siap hantar ke kelas2 sebab setiap kelas memang dapat senaskhah tiap2 hari. "Nak buat apa melanggan kalau tak baca... Ye tak?"

Saya memang suka bergurau.. pada masa yang sama secara tak langsung, saya membuktikan pada kumpulan koir yang pernah saya ajar seperti JPJ, JPNJ, POS Johor, Pej. Daerah Kota Tinggi, Pej. Tanah & Galian JB dan lain2 lagi, bila ada usaha, kita boleh berjaya! Ada yang tanya, biasa saya pemimpin koir, kenapa kali ni menyanyi pulak? Turun pangkat?

Pertama, En. Isa pernah mengajar saya, kedua, sebagai konduktor/guru koir, kita mesti 'mampu' berada dimana2 posisi.. baru lah kita mendapat pengalaman sebenar, macamana perasaan, pendengaran, imbangan suara dan 'view' sebagai ahli koir.

Bagi yang tak sempat beli paper, yang takde line internet tu... tengok la gambar yang saya 'crop' dari website The Star Online kat atas tu...


Sunday, October 26, 2008

Koir Kebangsaan

Sebagai manusia, kita ada cita-cita, dan ia mestilah disusuli dengan usaha... Kalau dalam bidang Orkestra, saya bangga kalau dapat bermain dalam Malaysian Philharmonic Orchestra, saya difahamkan ahli MPO adalah pemuzik orkestra profesional yang dibayar gaji 5 angka, kalau dalam koir pulak, peluang nyanyi dengan koir kebangsaan pasti memberikan pengalaman yang menarik, Agak-agak boleh tak Edukator jadi macam koir Kebangsaan macam video kat atas ni satu hari nanti?

Saturday, October 25, 2008

Open House

Burrrp... Open house lagi, hari ni open house rumah Cikgu Khasnor, member koir pun ada, Isa, Faridah dan anak2, Kak Eton dan suami dan anak2, Zaidi dan anak2 'jiran', Nasrul, Leha, Erma dan mungkin beberapa orang yang dah datang dan balik awal. DVD yang di'burn' dah bagi pada yang ada kat sana, ada jugak yang tak datang tapi sms saya nak kan DVD.

Insya-allah, ada lagi, takat ni, saya dah simpankan untuk Bob, Zul, Raihan dan Yew. Untuk Bob, aku bagi DVD, ko kena bagi aku gambar2 (softcopy je), deal?

Bagi yang tak datang... kitorang dah makan kan untuk u all! Sempat jugak bergelak ketawa beramai2 bila cerita pasal koir kat Pahang hari tu.. Hope to see u all at Zali's open house esok.

Untuk Khasnor... tima kasih sebab jemput kitorang...

Friday, October 24, 2008

Ahli Edukator

Wednesday, October 22, 2008

Malaysia Tanahairku (Final)

Tuesday, October 21, 2008

Malaysiaku Gemilang

"EDUKATOR" Johan Koir Kebangsaan!

Alhamdulillah! Kumpulan "Edukator" yang ahlinya pensyarah2, cikgu2 dan staf JPNJ menang koir patriotik peringkat kebangsaan dengan penuh bergaya... Memandangkan blogspot Cikgu Bob http://gitartong.blogspot.com/ dah ada banyak gambar, saya cuma masukkan beberapa keping je.

Ni la beberapa gambar yang sempat dirakam pakai N95... Ok-ok je la...


Sebelum bertanding(saringan)... doa dulu.

Peh! Khusyuk betul mamat yang kiri sekali ni, Nasrul "rock kapak", dengar lagu semua cap tengkorak.. Hari ni la aku rasa bangga kawan dengan dia.. Kembali juga ke pangkal jalan... Hua Hua Hua Hua... Tok Imamnya, Cikgu Zul.. Baca doa dalam bahasa Arab dan Melayu, memang panjang sampai menusuk jiwa tersentuh hati...


Ahli Edukator betul2 menghayati doa, jangan menilai orang dari stail rambutnya....


Bangun pagi hari Sabtu, sms masuk daripada kengkawan, sedara-mara, ahli koir, cikgu-cikgi stf... APA HAL? Gambar koir masuk METRO... Tapi ramai juga yang kecik hati sebab cuma beberapa orang yang masuk (gambar tengah sahaja) termasuklah saya... DUNIA NI MEMANG TAK ADIL!..... Serba salah saya dibuatnya, bukan saya yang mintak... Hehehe...



Keratan dari Metro 18/10/2008

Lepas tu, masa lunch ada lagi sms masuk, APA HAL PULAK? Kat Berita Harian pun masuk.. petang tu saya pun pegi kedai mamak tengok baki surat khabar, ada 3 je tinggal, pelik jugak mamak tu tengok, saya belek paper, mamak tu tanya "Abang cari apa?", saya kata ada member masuk paper... dia pun belek juga... Tiba-tiba dia tengok muka saya "Ooo.. cari sindri punya gambar ka?", saya senyum je, bengang juga pasal nak cari gambar sendiri. Dia tengok saya lagi, "Tapi sini gambar tada sama macam abang punya muka la.." Saya jawab.. "Wei, aku penat melalak, terkeluar anak tekak kau kata tak sama pulak eh.." mentang-mentang saya biasa pegi beli rokok pakai bermuda dengan T-Shirt, bila pakai kot dia dah tak kenal... kureng betul! Sebelum naik kereta saya cakap kat mamak tu, "Aku bukan Mawi, dalam sebulan 30 hari gambar masuk paper, aku dalam 30 tahun satu hari je masuk paper... Sebab tu kena beli..."


Yang ni keratan dalam BERITA HARIAN, ok sikit, 99% nampak muka, sorry Bob, aku simpati nampak separuh je muka kau... Sorry jugak kat Nasrul, mamat ni pun satu, ni lah jadinya kalau kancil duduk belakang lori, tapi takpe dalam METRO gambar Nasrul besau!


Saya simpati dengan Bob 'the cameraman' sebab terlalu sibuk merakamkan gambar orang, gambar dia dah tentu kurang, mamat yang belakang Bob tu satu hal jugak, "asal dia lalu je orang ambik gambar, asal orang ambik gambar je dia lalu".. Mana satu yang betul ni?


Cak! Mr Amin... veteran, dah nak naik stage pun sempat bergurau lagi... Kalau bebudak, masa ni tengah menggigil, sejuk tangan, muka pucat, kalau toreh pun tak keluar darah, macam Sudin nak pegi screen test!

Lepas giliran saringan, sempat bergambar sambil dengan 'confident'nya berbincang esok nak pakai baju apa... Maklumlah, daripada raptai, saringan, dah dengar semua kumpulan, semua telinga muzik, ramai cikgu muzik, penyarah muzik, pemuzik, cuma sorang je ahli fizik... Cikgu Aerma(SIGS). Teringat pulak cerita sorang cikgu muzik yang kena ajar fizik mula2 posting dulu... Kelam kabut beb!

Lega selepas berjaya masuk final...