Keluar Paper Lagi?

Hari ni, saya menggalakkan pelajar membaca akhbar THE STAR. Siap hantar ke kelas2 sebab setiap kelas memang dapat senaskhah tiap2 hari. "Nak buat apa melanggan kalau tak baca... Ye tak?"
if music is the food of love, play on...

Sebagai manusia, kita ada cita-cita, dan ia mestilah disusuli dengan usaha... Kalau dalam bidang Orkestra, saya bangga kalau dapat bermain dalam Malaysian Philharmonic Orchestra, saya difahamkan ahli MPO adalah pemuzik orkestra profesional yang dibayar gaji 5 angka, kalau dalam koir pulak, peluang nyanyi dengan koir kebangsaan pasti memberikan pengalaman yang menarik, Agak-agak boleh tak Edukator jadi macam koir Kebangsaan macam video kat atas ni satu hari nanti?
Alhamdulillah! Kumpulan "Edukator" yang ahlinya pensyarah2, cikgu2 dan staf JPNJ menang koir patriotik peringkat kebangsaan dengan penuh bergaya... Memandangkan blogspot Cikgu Bob http://gitartong.blogspot.com/ dah ada banyak gambar, saya cuma masukkan beberapa keping je.
Sebelum bertanding(saringan)... doa dulu.
Peh! Khusyuk betul mamat yang kiri sekali ni, Nasrul "rock kapak", dengar lagu semua cap tengkorak.. Hari ni la aku rasa bangga kawan dengan dia.. Kembali juga ke pangkal jalan... Hua Hua Hua Hua... Tok Imamnya, Cikgu Zul.. Baca doa dalam bahasa Arab dan Melayu, memang panjang sampai menusuk jiwa tersentuh hati...
Ahli Edukator betul2 menghayati doa, jangan menilai orang dari stail rambutnya....
Bangun pagi hari Sabtu, sms masuk daripada kengkawan, sedara-mara, ahli koir, cikgu-cikgi stf... APA HAL? Gambar koir masuk METRO... Tapi ramai juga yang kecik hati sebab cuma beberapa orang yang masuk (gambar tengah sahaja) termasuklah saya... DUNIA NI MEMANG TAK ADIL!..... Serba salah saya dibuatnya, bukan saya yang mintak... Hehehe...

Yang ni keratan dalam BERITA HARIAN, ok sikit, 99% nampak muka, sorry Bob, aku simpati nampak separuh je muka kau... Sorry jugak kat Nasrul, mamat ni pun satu, ni lah jadinya kalau kancil duduk belakang lori, tapi takpe dalam METRO gambar Nasrul besau!
Saya simpati dengan Bob 'the cameraman' sebab terlalu sibuk merakamkan gambar orang, gambar dia dah tentu kurang, mamat yang belakang Bob tu satu hal jugak, "asal dia lalu je orang ambik gambar, asal orang ambik gambar je dia lalu".. Mana satu yang betul ni?
Cak! Mr Amin... veteran, dah nak naik stage pun sempat bergurau lagi... Kalau bebudak, masa ni tengah menggigil, sejuk tangan, muka pucat, kalau toreh pun tak keluar darah, macam Sudin nak pegi screen test!
Lepas giliran saringan, sempat bergambar sambil dengan 'confident'nya berbincang esok nak pakai baju apa... Maklumlah, daripada raptai, saringan, dah dengar semua kumpulan, semua telinga muzik, ramai cikgu muzik, penyarah muzik, pemuzik, cuma sorang je ahli fizik... Cikgu Aerma(SIGS). Teringat pulak cerita sorang cikgu muzik yang kena ajar fizik mula2 posting dulu... Kelam kabut beb!
Lega selepas berjaya masuk final...